PETALING JAYA – Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) mencatat hasil sebanyak RM1.24 bilion bagi tempoh suku keempat berakhir 30 September 2023 (S4 TK2023) dengan pertambahan sebanyak 9.4 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB, Lim Yew Hoe berkata, ini dipacu oleh momentum jualan yang berkekalan oleh F&B Malaysia termasuk sumbangan daripada Cocoaland Holdings Berhad (Cocoaland).
Keuntungan operasi Kumpulan untuk S4 TK2023 meningkat sebanyak 39.1 peratus kepada RM166.2 juta.
“Ia adalah hasil daripada strategi pengurusan kos dan margin yang lebih baik, disokong dengan sumbangan daripada Cocoaland,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Menurut beliau, keuntungan sebelum cukai kumpulan untuk S4 TK2023 meningkat kepada RM161.8 juta.
Bagi tahun penuh berakhir 30 September 2023 (TK2023) pula, hasil kumpulan meningkat sebanyak 11.9 peratus kepada RM5 bilion apabila pasaran mula pulih dan strategi pengurusan harga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
