Site icon Kool FM

F&NHB catat pendapatan RM5.25 bilion tahun 2024


PETALING JAYA – Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) mencatat pendapatan RM5.25 bilion bagi setahun penuh tahun kewangan 2024 (TK2024) naik 4.9 peratus berbanding tempoh kewangan tahun sebelumnya.

Peningkatan tersebut disumbangkan oleh peningkatan jualan domestik oleh Food & Beverages Malaysia (F&B Malaysia) dan Food & Beverages Thailand (F&B Thailand), serta eksport ke Kemboja.

Keuntungan operasi Kumpulan untuk TK2024 pula meningkat 10.4 peratus kepada RM709.5 juta berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, keuntungan selepas cukai Kumpulan meningkat sebanyak 0.4 peratus tahun ke tahun kepada RM544.3 juta walaupun perbelanjaan cukai lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB, Lim Yew Hoe berkata, pencapaian Kumpulan pada TK2024 membuktikan ketahanan Kumpulan dalam persekitaran yang sentiasa berubah. 

Kumpulan itu telah mencapai keuntungan yang memberangsangkan dan berjaya mengekalkan kedudukan tunai yang kukuh walaupun berdepan kos permulaan yang lebih tinggi untuk usaha niaga…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version