Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Fokus dulu rasionalisasi diesel – Amir

today12 June 2024

Background


KUALA LUMPUR – Pelaksanaan rasionalisasi subsidi bagi petrol RON95 hanya akan dibuat selepas penyasaran subsidi untuk diesel menjadi stabil.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah rasionalisasi subsidi itu merupakan sebahagian daripada agenda reformasi di bawah rangka kerja Ekonomi Madani dan ia penting untuk membina Malaysia yang lebih baik pada masa depan.

“Ini kerana kita mahu dapatkan pulangan fiskal lebih elok agar boleh melabur balik pada benda-benda yang penting bagi membina negara.

“Kita faham kena buat rasiona­lisasi subsidi, kita bermula dengan diesel buat masa sekarang dan dari segi kerajaan kita fokus kepada rasionalisasi subsidi diesel, bila sudah stabil kita tengok apa yang kita boleh buat,” kata­nya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi RON95, selepas menyampaikan ucaptama di Simposium Sasana Bank Negara Malaysia (BNM) 2024 di sini.

Amir Hamzah menjelaskan,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post