Site icon Kool FM

Food Bayana mercu tanda baharu Pulau Mutiara


GEORGE TOWN – Food Bayana yang beroperasi sebagai pusat makanan semi-automatik pertama di rantau ini bakal menjadi satu lagi mercu tanda ikonik di Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Food Bayana menggabungkan sistem pembayaran digital dan teknologi robotik ke dalam operasinya, di mana sistem penghantaran makanan kepada pelanggan menggunakan teknologi robot.

“Sebagai sebuah negeri yang sinonim dengan sektor pelancongan dan tumpuan aktiviti ‘food hunting’, adalah wajar bagi Pulau Pinang menyediakan kemudahan dan teknologi terkini untuk membawa industri makanan dan minuman (F&B) ke peringkat seterusnya.

“Projek Food Bayana yang menggunakan teknologi robot untuk menghantar makanan kepada para pelanggan mampu meningkatkan daya saing sihat serta mencerminkan semangat progresif zon perdagangan bebas antara syarikat-syarikat dan agensi-agensi yang beroperasi di seluruh Pulau Pinang,” katanya selepas merasmikan Food Bayana di Bayan Lepas, di sini hari…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version