foodpanda dan LEGO mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh menggunakan aplikasi mudah alih foodpanda untuk penghantaran set LEGO dengan kadar segera.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:
Memetik kenyataan rasmi dikeluarkan, LEGO teruja untuk bekerjasama dengan foodpanda sambil meraikan kewujudan mereka yang ke-90. Ketua e-Dagang SEA di LEGO Group, U-Fong Chua, berkata memasuki pasaran e-Commerce akan memudahkan pelanggan mendapatkan produk LEGO dan membawa peluang baharu untuk orang ramai membina dan bermain bersama pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang mereka suka.
Set LEGO itu kini boleh didapati di Singapura dan Malaysia. Untuk Malaysia, pelanggan boleh membeli set tersebut dari kedai 30 pandamart terpilih di sekitar Lembah Klang dan Seremban.
Bagaimanapun tidak semua kedai pandamart mempunyai stok pada masa ini. Difahamkan produk tersebut dijangka akan berada di lebih banyak Pandamart menjelang akhir Q4 2022…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: