PETALING JAYA – City University Malaysia (City University) telah menganjurkan sebuah forum antarabangsa di kampus terbaharunya di Cyberjaya baru-baru ini dan berjaya menarik lebih daripada 450 peserta bukan sahaja daripada pelajar serta pendidik tetapi juga daripada kumpulan profesional.
Forum bertemakan ‘Membina Syarikat Pemula yang Mampan dalam Ekonomi Sedang Membangun’ telah dihadiri Naib Canselor universiti tersebut Profesor Dr. Rosnizah Shaari.
Selain itu, ia turut menampilkan tiga pakar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu Canselor IUT Nice Côte d’Azur, Perancis dan Naib Pengerusi, Majlis Afrika untuk Keusahawanan dan Inovasi, Profesor Boualem Aliouat; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Prof. Adjung Rizal Nainy yang juga Profesor Adjung di City University Malaysia.
Pakar lain adalah Peguam Korporat yang memiliki pengalaman lebih daripada 25 tahun di London dan New York, Pierre Brochet yang juga Presiden Union des Français de…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: