Menerusi sebuah hantaran di Facebook oleh Rafat Wajdy, dia yang juga merupakan pemilik Aster Edu Sdn Bhd, sebuah syarikat pusat tuisyen, menemui buku terbitannya telah diplagiat oleh staf sendiri.
“Pembantu saya hulurkan sebuah buku selepas dia mengatakan buku tersebut meniru buku kami, saya selak satu demi satu halaman, bukan tiru separuh jalan, bukan inspirasi, ini plagiat bulat-bulat, dari tajuk, susunan bab, isi kandungan, semuanya salin terus hasil kerja kami.
“Saya tak tunggu lama, segera hubungi peguam syarikat, Tuan Hawari. Saya minta untuk bantu saya cari siapa di belakang syarikat ini. Buat carian SSM. Saya nak tahu siapa.
“Beberapa jam kemudian, laporan SSM sampai ke tangan saya. Saya belek satu persatu dan akhirnya, saya lihat nama itu, salah seorang pekerja saya yang masih bekerja,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: