PETALING JAYA – FujiFilm Malaysia (Fujifilm) optimis terhadap produk terbaharu yang dilancarkan hari ini iaitu pencetak telefon pintar, instax mini Link 3 (Link 3) bakal mendapat tempat dalam kalangan peminat fotografi serta kepada mereka yang suka menyimpan gambar-gambar kenangan dalam bentuk cetakan.
Inovatif syarikat kini boleh dilihat melalui kemunculan instax mini Link 3 yang boleh mencetak imej daripada telefon pintar pada filem intstax satu bersaiz kad.
Pengarah Urusan FujiFilm, Kensuke Aragane berkata, Link 3 adalah generasi ketiga dalam siri instax mini Link, yang terkenal dengan populariti globalnya serta kemampuannya memberikan pengalaman menyeronokkan bersama rakan-rakan.
Menurut beliau, selain fungsi cetakan segera yang praktikal, Link 3 dilengkapi dengan dua fungsi baharu iaitu instax AiR Studio dan Click to Collage.

Jelas beliau, instax AiR Studio akan membolehkan pengguna mengambil gambar dengan kesan AR tiga dimensi untuk menghias ruang dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: