PETALING JAYA – FujiFlim Business Innovation menyasarkan RM8 juta bagi jualan perkhidmatan terbaharunya, FujiFilm IWpro dan Perkhidmatan Pakar IT (teknologi maklumat) yang bertujuan untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana di negara ini menerima transformasi digital (DX).
Pengurus Besar FujiFilm Business Innovation Malaysia, John Wong berkata, produk itu bersesuaian dengan aliran kerja digital yang cekap bagi memenuhi perkembangan dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah-ubah.
“Tawaran FujiFilm IWpro ini adalah ruang kerja yang berasaskan struktur awan yang meliputi semua fungsi dalam satu, manakala Perkhidmatan Pakar IT menawarkan untuk membantu pelanggan mengurus sokongan IT mereka.
“Kami juga berharap perkhidmatan ini dapat membantu perniagaan dalam mengubah gaya kerja mereka dan mengoptimumkan operasi,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di sini kelmarin.
Wong menjelaskan, FujiFilm IWpro boleh membantu pengguna untuk mengakses dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
