Malaysia membuka kempen Kejuaraan Futsal Wanita ASEAN 2026 dengan keputusan seri selepas terikat 4-4 ketika bertemu Indonesia dalam aksi kumpulan A yang berlangsung di Terminal 21, Korat sebentar tadi.
Satu mata diraih itu cukup penting buat skuad kendalian Jamhuri Zainuddin kerana lawan memegang status selaku pemenang pingat perak Sukan SEA 2025.
Ia seharusnya menjadi pemangkin semangat buat skuad negara menjelang pertemuan kedua bertemu tuan rumah, Thailand malam esok.

Malaysia Beri Saingan Sengit
Skuad negara bagaimanapun tersentak pada awal permainan apabila Indonesia berjaya mendapatkan jaringan pada minit ketiga dan keenam menerusi tonggak utama, Nisma Francida Rusdiana.
Kedua-dua gol tersebut terhasil menerusi situasi sepakan ke dalam yang gagal diselamatkan penjaga gol negara, Asma Junaidi.
Tidak tertekan dengan kedudukan tersebut, Malaysia bangkit dengan jaringan pertama pada minit kelapan menerusi Syafiqah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: