Site icon Kool FM

Fuza Nitewear miliki kumpulan peminatnya yang tersendiri


SEBERANG PERAI – Peningkatan tempahan yang diterima bagi baju tidur wanita di bawah jenama Fuza Nitewear telah memberi dorongan kepada pe­ngasas koleksi tersebut untuk mempelbagaikan lagi produk kepada segmen baju tidur lelaki, pasangan atau kanak-kanak pada masa depan.

Usahawan, Mahfuzah Ahmad Jalaludin, 36, yang menjadikan perniagaan tersebut sebagai pendapatan tambahan selain bekerja sebagai penjawat awam kini tidak menang tangan mene­rima tempahan daripada pelanggan secara online.

Beliau memilih perniagaan baju tidur wanita kerana ia memiliki permintaan daripada penggemar fesyen baju tidur terkini berdasarkan kepada trend semasa.

“Sehingga kini, lebih daripada 50 set pakaian tidur yang disertakan bersama headband (pengikat kepala) telah dijual.

“Ini memberikan keyakinan kepada saya untuk lebih serius dalam bidang perniagaan ini ke­rana permintaan yang diterima sangat mengga­lakkan walaupun persekitaran ekonomi negara yang kini semakin mencabar,” katanya ketika…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version