Inilah kenyataan yang terungkap oleh netizen iaitu ‘di luar nalar’ selepas melihat berita berkenaan cadangan seorang gabenor di Indonesia baru-baru ini.
Memetik Sinar Harian, seorang gabenor dari Jawa Barat bernama Dedi Malyudi mencadangkan prosedur vasektomi sebagai syarat pemberian bantuan sosial kepada lelaki mskin telah mencetuskan kemarahan di dalam kalangan rakyat Indonesia.

Langkah yang diumumkan pada 29 April itu didakwa bertujuan untuk mengawal kadar kelahiran dalam kalangan keluarga miskin, dengan sasaran jangka panjang untuk mengurangkan kemiskinan tegar di wilayah tersebut.
“Kalau seseorang tidak mampu membiayai kehamilan dan pendidikan anak, lebih baik jangan terburu-buru mahu menjadi ibu bapa,” ujar Dedi dalam kenyataan yang mendapat perhatian meluas media tempatan.
Kenyataan itu serta-merta mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan tokoh agama, pemimpin masyarakat, pakar akademik, pertubuhan hak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: