
Gabriel Jesus memberikan kritikan keras terhadap pihak pengurusan Arsenal dengan mendedahkan kekecewaannya mengenai cara pemergiannya secara mengejut ke Barcelona.
Penyerang kelahiran Brazil itu mendakwa beliau langsung tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh kelab Liga Perdana Inggeris tersebut sebelum dipaksa menjalani latihan berasingan daripada skuad utama pada hari-hari terakhirnya di utara London.
Gabriel Jesus Dedah Keadaan Sebenar
Sehubungan dengan itu, Jesus mendedahkan berlakunya keretakan komunikasi pada minggu-minggu terakhirnya di Stadium Emirates, malah mendakwa sikap profesional yang ditunjukkannya dibalas dengan layanan dingin secara tiba-tiba dan tanpa penjelasan daripada pihak pengurusan.
“Sejujurnya, saya menjalani latihan dan mengikuti keseluruhan pramusim bersama Arsenal seperti biasa.”
“Saya sudah tahu bahawa kemungkinan besar saya tidak akan bermain sebanyak dahulu atau mendapat banyak peluang. Tetapi tiada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: