Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gabriel Tardio Beraksi Di PPA Asia 1000 Leapmotor KL Cup

today7 September 2026

Background
Mall Baru Bakal Dibuka 10 September Ini Di Puncak Alam, Siap Ada Ice Skating!


Peminat sukan pickleball tempatan bakal menyaksikan sendiri aksi Gabriel Tardio apabila pemain berusia 20 tahun itu dijadualkan beraksi di kejohanan PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026.

PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026

Berlangsung dari 9 hingga 13 September ini di The Hood, Kuala Lumpur, kejohanan berkenaan bakal menampilkan barisan pemain elit antarabangsa untuk berentap dengan jaguh pickleball Malaysia.

Antara pemain yang bakal mencuri tumpuan di Kuala Lumpur ialah Gabriel Tardio, 20, yang kini berada di ranking No. 2 dunia bagi kategori lelaki.

Berasal dari Bolivia, Tardio pada awalnya aktif dalam sukan tenis dan pernah berada dalam kelompok 10 terbaik bawah 14 tahun di negaranya. Dia kemudian mengenali pickleball menerusi datuknya sehingga mereka bersama-sama membina dua gelanggang sukan itu di Bolivia.

Selepas berpindah ke Amerika Syarikat, Tardio mula serius bermain pickleball selepas tamat persekolahan sebelum memilih laluan profesional pada usia 17 tahun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post