PETALING JAYA – Cadangan Rang Undang-undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 (RUU GEG) masih mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan kini empat persatuan yang terlibat dalam bidang peruncitan menyuarakan pandangan masing-masing.
Mereka terdiri daripada The Malaysian Singapore Coffeeshop Proprietors’ General Association (MSCSPGA), Malaysian Indian Restaurant Owners Association (PRIMAS), Malaysian Muslim Restaurant Owners Association (PRESMA) dan Federation of Sundry Goods Merchants Associations Malaysia (FSGMAM).
Kesemua persatuan tersebut meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) untuk RUU GEG dijalankan dengan sewajarnya serta melibatkan secara menyeluruh semua pihak yang akan terjejas ekoran rang undang-undang GEG.
“Sehingga kini, kami tidak dirujuk mengenai Rang Undang-undang GEG dan tidak menerima sebarang taklimat mengenai pelaksanaan langkah-langkah yang dicadangkan seperti yang dilaporkan oleh media.”, jelas Presiden MSCSPGA, Wong…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
