Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gadis Cina Tukar Lukisan Dengan Nasi Lemak Di Pasar Malam Buat Peniaga Teruja

today3 October 2024

Background


Malah, pelancong dari negara luar pun gemar makan nasi lemak apabila berkunjung ke negara kita. Makan pula panas-panas, aroma nasi bersama sambal ikan bilis dan rendang memang mampu membuka selera sesiapa sahaja.

Baru-baru ini, seorang pelukis Cina yang melancong di serata negeri singgah di sebuah pasar malam dan ingin bertukar lukisannya dengan sebungkus nasi lemak telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsi oleh @yeebiiyaya_, kelihatan gadis tersebut datang ke gerai Nasi Lemak 9 Sudu yang terletak di Pasar Malam Taman Segar, Kuala Lumpur.

Sebaik saja dia memberitahu ingin menukar lukisannya dengan nasi lemak, peniaga tersebut kelihatan terkejut.

Namun, setelah dia menunjukkan hasil lukisannya, pak cik itu sangat teruja dan setuju untuk menukarkan lukisan dengan nasi lemaknya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post