Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gadis Cuak Tiba-Tiba kena Kacau Lelaki Tak Kenal

today6 September 2021

Background


Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang merakam dirinya sambil duduk lepak bersama seorang rakannya disebelah. Difahamkan mereka berdua berada di taman perumahan sendiri.

Namun tidak lama selepas itu, datang dua orang lelaki bermotosikal tidak dikenali menghampiri mereka berdua dan memberitahu untuk berkenalan.

Bukan itu saja, salah seorang lelaki tersebut dengan selambanya duduk disebelah rakan gadis itu dan berkeras mahu meminta nombor telefonnya dan bertanyakan blok rumah mereka.

Situasi itu membuatkan gadis itu merasa tidak selesa dan takut walaupun dia sudah memberitahu supaya jangan kacau mereka berdua.

Nasib mereka berdua baik apabila lelaki tersebut beredar selepas rakan gadis itu memberikan nombor telefon teman lelakinya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post