Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gadis Kongsi Pengalaman Derita Hidap Penyakit Kanser Limfoma- “Kuatnya Dia”

today28 May 2024

Background


Gadis yang bernama Dila Afdhilla berkongsi pengalamannya melalui sebuah video yang dimuat naik di TikTok. 

Sebelum dia menghidap penyakit kanser, hidupnya sangat ceria dan semuanya baik-baik saja. Dia menjalani kehidupannya seperti biasa. 

Namun, Dila mendapati dirinya menghidap penyakit kanser limfoma. Apabila dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan kansernya berada di tahap kedua. 

Setelah menerima macam-macam rawatan, dirinya tidak menunjukkan sebarang tanda positif. Malah, rambutnya gugur disebabkan rawatan kemoterapi. 

Sampailah satu tahap, dirinya berpeluang untuk membuat stem cell transplant. Badannya menunjukkan tanda positif dan dia kembali pulih sedikit demi sedikit. 

Menerusi video itu, banyak pengalaman pahit dan derita yang dikongsikan sehingga membuat ramai sebak. Walaubagaimanapun, ramai yang memberi sokongan dan semangat untuk dirinya atas keberanian dan ketabahannya.   



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ellina Chan


Previous post