Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gadis Korea Selatan Lakar Sejarah, Berjaya Raih 10 A+ SPM Termasuk BM

today2 April 2026

Background
Gadis Korea Selatan Lakar Sejarah, Berjaya Raih 10 A+ SPM Termasuk BM


Kim Na Eun, 17, telah melakar sejarah sebagai pelajar Korea Selatan pertama di Malaysia yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang A+ dalam kesemua 10 mata pelajaran yang didudukinya bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk bagi subjek Bahasa Malaysia.

Kegembiraan tersebut dikongsi oleh bapanya, Kim Taeho, yang mengakui mereka sekeluarga seakan tidak percaya sewaktu berkunjung ke SMK St Columba pada Selasa lalu untuk mengambil slip keputusan tersebut.

“Saya terus menangis sebaik sahaja dia memberitahu keputusannya. Kami sama sekali tidak menyangka dia akan mendapat keputusan A+ bagi semua subjek, terutama Bahasa Malaysia, memandangkan dia pernah bergelut untuk mempelajari bahasa tersebut sewaktu di sekolah rendah,” ujar beliau kepada pihak *The Borneo Post*.

Na Eun menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post