Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Gadis Melayu Cantik Tanpa Contact Lenses Berwarna’

today24 September 2025

Background
‘Gadis Melayu Jauh Lebih Cantik Tanpa Pakai Contact Lenses Berwarna’ – Idris Khan


Pelakon, Idris Khan berkongsi pandangan mengenai trend pemakaian kanta lekap berwarna dalam kalangan gadis Melayu yang menurutnya kadangkala tidak menyerlahkan kecantikan sebenar diri.

Artikel Berkaitan: Idris Khan Mahu Skrip Bagus, Enggan Bawa Watak Sama Berulang Kali

‘Gadis Melayu menawan’

Menerusi perkongsian di Threads, Idris, 36, bagaimanapun menegaskan kenyataannya itu bukan bertujuan menghakimi sesiapa, sebaliknya sekadar mengutarakan pemerhatian peribadi.

Sekadar berkongsi, jangan ada yang marah atau terasa. Tapi bagi saya, ada gadis Melayu yang sebenarnya kelihatan jauh lebih cantik dan menawan tanpa memakai contact lenses (kanta lekap) berwarna.

Saya rasa kecantikan sejati itu hadir apabila seseorang menerima diri mereka seadanya. Kadangkala, kanta berwarna itu nampak kurang sesuai dengan pemakai sehingga tidak menyerlahkan keindahan wajah sebenar.

Dalam masa sama, pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu menegaskan dirinya tidak pernah menilai atau menjatuhkan sesiapa, malah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post