Menerusi TikTok di akaun @pearlia39, gadis yang bernama Durratul Alia Mohammad Kamil itu berkongsi situasi semasa dia di PPS SMK Jelawat Bachok.
Difahamkan, kawasan rumahnya di Bachok, Kelantan habis ditenggelami air menyebabkan dia dan keluarga terpaksa berpindah sementara di PPS.
Malah, dapat dilihat video itu Durratul mengenakan jubah konvokesyen yang sepatutnya dihadiri pada hari tersebut, tetapi tidak dapat hadir kerana banjir.
Ditanya mengenai adakah ini pertama kali kawasan mereka dilanda banjir, dia memberitahu ini adalah kali pertama kawasan rumahnya dimasuki air dan ini juga adalah pertama kali mereka tinggal di PPS.
Dia juga tidak sempat memaklumkan perkara terbabit kepada pihak universiti kerana ia berlaku dengan pantas.
“Saya tidak sempat maklum kepada pihak universiti kerana kejadian berlaku terlalu cepat,” katanya kepada SEISMIK.
Bagaimanapun, dia ada meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen, namun redha dengan ujian yang menimpa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: