Menurut gadis berkenaan, dia pernah menjuarai pertandingan nyanyian Sirkhan Cari Penyanyi dan telah dijanjikan sebuah hadiah berbentuk single, namun impian itu terpaksa ditangguhkan akibat kemalangan yang dialaminya pada tahun 2023 ketika dalam perjalanan pulang dari sesi latihan koir dengan menaiki motosikal.
“Selama enam bulan, saya sangat down, tak berani keluar rumah, sukar bercakap, makan pun susah sebab rahang saya patah. Tulang pipi saya retak dari mata hingga ke mulut, dan sekarang ada besi di dalam. Gigi saya juga patah dan perlu dibetulkan,” katanya.
Walaupun terjejas akibat insiden tersebut, Wani bangkit dan keluar dari kepompong kesedihannya. Dia kembali menyertai pertandingan nyanyian dan terus berusaha untuk mengembangkan diri, dengan sokongan dan dorongan yang kuat daripada keluarga.
Difahamkan, Wani yang telah menyertai uji bakat Calpis Soda One In A Million di Universiti Malaya gagal pada peringkat pertama, namun tetap meneruskan semangatnya dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
