Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gagal Ikut Spesifikasi, JPJ Panggil Semula 3,722 Perodua Alza, Aruz & Honda CB350RS

today4 November 2024

Background
Gagal Ikut Spesifikasi, JPJ Panggil Semula 3,722 Perodua Alza, Aruz & Honda CB350RS


Dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan Perodua Alza, Aruz dan motosikal Honda CB350RS keluaran 2024.

Panggilan semula itu dibuat kerana tidak mematuhi peraturan spesifikasi ditetapkan yang melibatkan sebanyak 3,722 buah kenderaan.

Baca Juga:

2,518 kereta Perodua Alza 1500 x (CVT), 1500 H (CVT) dan 1500 AV (CVT), 1,139 Perodua Aruz 1500 X dan 1500 AV mempunyai masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi.

Sementara  65 motosikal Honda CB35ORS pula berkaitan permasalahan pada sensor kelajuan roda menyebabkan sistem brek antikunci (ABS), ‘traction control‘ dan meter had laju tidak tepat.

“Setiap pemilik kenderaan terbabit akan dihubungi Perodua Manufacturing Sdn Bhd (Perodua) dan Boon Siew Honda Sdn Bhd (Boon Siew Honda).

“la bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing atau pemilik kenderaan turut dibenarkan hadir secara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post