Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Isu tunggakan gaji terus membelenggu saingan Liga Malaysia apabila pasukan Sarawak United dikenakan sekatan perpindahan pemain tempatan dan asing untuk tiga jendela perpindahan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Menurut laporan Berita Harian, kelab tersebut dikatakan gagal melunaskan tunggakan gaji dan pampasan bekas pemain importnya, Sandro da Silva yang berjumlah lebih RM150,000.
“Keputusan FIFA sudahpun dikeluarkan jadi mereka harus jelaskan pembayaran itu dalam tempoh masa 45 hari iaitu sehingga 18 Jun lalu. Tetapi mereka gagal melakukannya sehingga tarikh yang dinyatakan.
“Jadi pasukan itu dikenakan sekatan perpindahan pemain tempatan dan asing sehingga tiga tempoh pendaftaran pemain secara berturutan,” kata peguam Sandro, Mohd Zhafri Aminurashid.
#BHsukan Sarawak United berdepan nasib malang selepas pendatang baharu Liga Super itu dikenakan sekatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: