PETALING JAYA – Gagasan Nadi Cergas Berhad dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini menganjurkan majlis pecah tanah untuk projek perumahan mampu milik Idaman Amani bernilai RM286 juta di Bandar Elmina, Shah Alam.
Projek atas tapak seluas 8.9 ekar merangkumi dua blok 32 tingkat yang terdiri daripada 1,063 pangsapuri mampu milik separa berperabot itu antara satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam golongan B40 dan M40.
Idaman Amani dibangunkan oleh Gagasan Nadi Cergas Berhad dengan kerjasama PNSB Construction Sdn. Bhd. (PCSB), sebuah anak syarikat PNSB dan dijangka siap menjelang suku ketiga tahun 2028.
PNSB merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, dibawah seliaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
Idaman Amani menawarkan unit tiga bilik tidur dengan ruang binaan 1,000 dan 1,120 kaki persegi, bermula RM250,000 seunit.
Setiap unit dilengkapi dengan kemudahan seperti televisyen, peti sejuk, kabinet…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
