Gaji di Malaysia dijangka naik sebanyak 5% pada tahun 2025 yang merangkumi semua industri, menurut laporan The Edge yang memetik laporan firma perunding sumber manusia, Mercer.
Selain itu, hampir satu perempat syarikat merancang untuk menambah bilangan pekerja tahun depan, walaupun pengambilan pekerja menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya.
Dalam laporan Total Remuneration Survey (TRS) yang melibatkan lebih daripada 680 syarikat dari pelbagai sektor seperti teknologi, barangan pengguna, pembuatan, runcit, kimia, sains hayat, tenaga, dan perkhidmatan perkongsian, Mercer mendedahkan bahawa beberapa sektor seperti tenaga dan perkhidmatan perkongsian memimpin dalam tawaran gaji asas tertinggi.
Menurut Mercer, pasaran bakat di Malaysia kini semakin kompetitif, dengan 70% syarikat tempatan bercadang untuk mengubah strategi pampasan mereka pada tahun 2024.
Peralihan ini juga disebabkan oleh fokus yang lebih besar terhadap pakej pampasan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: