Sebagai ketua eksekutif negara, jawatan perdana menteri Malaysia sering dianggap sebagai posisi paling berprestij dan pastinya mendapat imbuhan atau gaji tertinggi.
Namun, semakan data imbuhan oleh Kini News Lab mendedahkan sebaliknya.
Terdapat beberapa negeri di Malaysia di mana gaji ketua eksekutif negeri mereka jauh lebih tinggi berbanding gaji Perdana Menteri (PM) yang berjumlah RM22,826.
Contohnya, di Sarawak, gaji Premier negeri adalah sebanyak RM39,000 – iaitu 71% lebih tinggi daripada gaji PM.
Begitu juga di Sabah, Ketua Menteri menerima gaji sebanyak RM33,033, atau 45% lebih tinggi daripada PM.
Tidak ketinggalan, Terengganu, Pahang, Perak dan Selangor juga mencatatkan gaji ketua eksekutif yang lebih tinggi berbanding PM.

Kenapa ada perbezaan? Jawapannya terletak pada sistem federalisme Malaysia.
Sebagai sebuah persekutuan yang terdiri daripada pelbagai negeri dan wilayah, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: