
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) memberi amaran bahawa cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk menaikkan gaji minimum kepada RM3,100 sebulan boleh menimbulkan kejutan besar terhadap pasaran tenaga kerja serta struktur kos perniagaan di negara ini.
Presiden FMM, Jacob Lee, menyatakan bahawa peningkatan daripada kadar semasa RM1,700 kepada RM3,100 adalah satu langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, petik Free Malaysia Today.
Beliau menjelaskan bahawa sebarang penyesuaian gaji minimum berkanun sejak diperkenalkan pada tahun 2013 sentiasa dibuat secara berperingkat.
“Kadar RM1,700 semasa juga baru sahaja dilaksanakan sepenuhnya merentasi semua majikan bermula Ogos 2025, dan pihak perniagaan masih dalam proses menyesuaikan diri dengan impak pelaksanaannya,” kata Lee dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, MTUC mendesak agar kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM3,100 sebulan atas alasan peningkatan kos sara hidup serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
