PETALING JAYA – Galeri Seni Lin Xiang Xiong (LXX) telah mengumumkan kerjasama pentingnya dengan Leaders for Peace, sebuah yayasan yang berpangkalan di Paris.
Yayasan yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Perancis Jean-Pierre Raffarin itu turut disokong oleh lebih 40 tokoh global yang berpengaruh termasuk Ban Ki-Moon, Ngozi Okonjo-Iweala, dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel.
Menurut kenyataan, perkongsian tersebut dapat dilihat melalui satu program global bertajuk Menyampaikan Keamanan Melalui Seni, sebuah inisiatif yang meletakkan semula seni yang pernah terhad kepada pengayaan budaya sebagai kuasa diplomatik untuk dialog, perdamaian dan pendidikan.
Ia mencerminkan kepercayaan bersama kedua-dua pihak bahawa keamanan mesti dipupuk bukan sahaja melalui dasar dan rundingan tetapi melalui kuasa kreatif budaya lembut, bahasa universal yang menyentuh hati dan minda untuk memupuk persefahaman dan keharmonian.
Kerjasama itu juga akan melancarkan satu siri inisiatif…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: