Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gambaran Awal Model Proton Saga MC3

today23 June 2025

Background
Gambaran Awal Model Proton Saga MC3


Bukan lagi rahsia, Proton akan melancarkan model Proton Saga yang diperkemaskini.

Model tersebut dikenali sebagai Proton Saga MC3.

Baca Juga:

Terdapat pengguna jalan raya nampak kereta tersebut yang sedang dipandu uji di jalan raya awam.

Walau badan kereta penuh dengan pelekat samaran, pakar pereka konsep digital, Theottle telah menterjermahkan gambaran model kereta tersebut.

Gambaran Awal Model Proton Saga MC3
Sumber Gambar: Instagram @theottle
Gambaran Awal Model Proton Saga MC3
Sumber Gambar: Instagram @theottle

Gambaran awal menunjukkan kereta tersebut miliki rekaan baharu seperti bampar, lampu hadapan dan corak gril selari dengan model-model Proton terkini.

Bahagian bonet belakang juga menerima sentuhan, lampu belakang baharu dan penutup but yang direka semula.

Proton dijangka bakal melancarkan model Saga MC3 itu sekitar Q4 tahun ini. Info lanjut kita akan ketahui bersama dalam beberapa bulan akan datang.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

PM Kemboja mahu hentikan import bahan api dari Thailand

Phnom Penh: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dalam kenyataan pada semalam memaklumkan negara itu akan menghentikan semua import bahan api dari negara jiran Thailand berikutan ketegangan semakin memuncak berhubung pertikaian sempadan yang berterusan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 June 2025