Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Setiap pemilik motosikal pasti pernah menghadapi detik-detik tertinggal atau kehilangan kunci sepanjang anda memiliki motosikal tersebut. Sudah pasti kejadian tersebut telah ‘memotong’ mood anda pada hari itu.
Baru-baru ini sebuah akaun Facebook Page ‘Tokan Helmet’ memuat naik satu video di mana ada sebuah bengkel berjaya mengubah suai Yamaha RX-Z dengan dilengkapi fungsi keselamatan cap jari sebagai pengganti kepada kunci motosikal tersebut.
Menurut pemilik motosikal itu, hanya cap jari yang telah diletakkan pada sistem pengesan sahaja yang boleh ‘membuka kunci’ untuk menghidupkan motosikal RX-Z tersebut.
Jika cap jari yang digunakan tidak ada di dalam sistem, pengesan cap jari itu akan mengeluarkan lampu berwarna merah. Apabila menggunakan cap jari sepadan dengan sistem, pengesan cap jari itu akan mengeluarkan lampu berwarna biru dan barulah motosikal itu boleh dihidupkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
