Kool FM

Gara-Gara Nangis Tak Henti, Bapa Hemp*s Bayi 6 Bulan Ke Lantai Hingga Ma*i


Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut dianiaya bapa kandungnya sendiri di Ciputat, Tangerang Selatan.

Bapa emosi anak tak berhenti menangis

Memetik laporan CNN Indonesia, suspek yang dikenali sebagai IS, 28, mempunyai masalah ketagihan alkohol dan terjebak dengan kancah judi dalam talian.

Menurut Ketua Polis Sektor (Kapolsek) Ciputat Timur, Kompol Bambang Askar Sodiq, tabiat buruk ini dipercayai menjadi punca emosi suspek tidak stabil sehingga sanggup bertindak kejam terhadap darah dagingnya sendiri.

Tragedi berdarah itu berlaku pada Ahad lalu ketika suspek sedang menggendong anaknya di kedai runcit milik mereka.

Kejadian bermula apabila bayi tersebut menangis, sebelum suspek meminta isterinya untuk membancuh susu bagi memujuk mangsa. Bagaimanapun, tangisan tanpa henti itu membuatkan suspek hilang sabar.

Suspek yang berang dan gagal mengawal emosi kerana anaknya tidak berhenti menangis, bertindak menghempas bayi yang sedang didukungnya itu ke lantai sehingga kepala mangsa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version