
Kejutan besar melanda dunia automotif apabila selepas hampir 70 tahun merekodkan keuntungan berturut-turut, gergasi automotif Jepun, Honda akhirnya mencatatkan kerugian tahunan pertama mereka sejak 1955.
Namun, kerugian ini bukanlah sebab kereta mereka tak laku. Sebaliknya, ia berpunca daripada keputusan drastik industri automotif yang terpaksa menarik brek kecemasan terhadap pelan pengeluaran Kenderaan Elektrik (EV) mereka.
Apa sebenarnya yang dah jadi? Jom kita selami situasi ini
Semuanya Berpunca Dari Perubahan Polisi di AS
Dulu, syarikat kereta rancak melabur berbilion dolar untuk hasilkan EV kerana menjangkakan undang-undang pelepasan karbon yang sangat ketat di Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Biden.
Tapi, keadaan berubah 360 darjah bila pentadbiran Trump membatalkan undang-undang tersebut.
Lebih parah, mereka turut memansuhkan insentif cukai sebanyak $7,500 (bantuan untuk pembeli EV) dan menghapuskan denda besar terhadap syarikat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: