Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Seperti ramai sedia maklum, kehadiran rider yang membantu membawa menghantar makanan sememangnya sangat membantu dalam urusan seharian khususnya buat mereka yang tidak sempat untuk memasak atau ke restoran.
Dalam pada itu, di sebalik usaha dan kerja keras mereka dalam menghantar makanan kepada pelaggan dalam mencari rezeki, para rider ini juga terkadang tidak terlepas dengan karenah pelanggan yang mungkin memakan masa mereka.
Terbaharu, tular di TikTok @uciluna_ di mana beliau yang tersilap pin location atau menetapkan lokasi penghantaran telah mengundang rasa marah pada rider penghantar makanan berkenaan.
Bukan itu sahaja, pelanggan ini turut terlepas panggilan rider beberapa kali yang sekaligus membuatkan rider berkenaan mengamuk serta menendang pintu pejabatnya.
@uciluna_ Tak sangka jadi kejadian gaduh macam ni , punca uci salah pin tempatt 🥲 .. #rider #viral #malaysia
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: