SEREMBAN – Red Sea Industries Sdn. Bhd. (Red Sea) pengimport dan pengedar garam jenama Sasa di rantau Asia Tenggara, sedang menyusun strategi untuk meluaskan penguasaan pasarannya dan kembali aktif mempromosikan kebaikan bahan semula jadi itu kepada umum.
Pengarah Urusannya, Syafirol Hafiz Arsad berkata, garam yang dihasilkan di sebuah kilang pengeluaran terbesar di Arab Saudi iaitu Saudi Automatic Salt Refinery di Jeddah itu mula dipasarkan di Malaysia sejak bulan Jun tahun lalu setelah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.
Menurutnya, sumber garam dari Laut Merah iaitu laut yang terpanas dan kedua termasin di dunia itu memiliki kandungan mineral semula jadi.
“Ini kerana, ia menghasilkan garam berkualiti tinggi hingga 99.7 peratus ketulenan dan sifar peratus kekotoran logam berat.
“Ia adalah bahan masakan terbaik untuk kegunaan harian dan kini menjadi pilihan ramai pemilik restoran dan cef profesional di Asia Barat yang mementingkan kualiti bahan masakan,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: