Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir yang melanda akan mengakibatkan ribuan keluarga terpaksa bersesak di tempat perlindungan yang sememangnya tidak mampu menampung segala keperluan mereka.
Keadaan ini menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan antaranya penyakit bawaan air dan udara yang boleh menyebabkan komplikasi serius sekiranya tidak ditangani sewajarnya.
GARIS PANDUAN PENJAGAAN KESIHATAN SEMASA BANJIR

Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
Masalah-masalah yang berlaku semasa banjir:
– Lemas.
– Terdedah kepada kecederaan.
– Terkena renjatan elektrik.
– Terdedah kepada jangkitan taun, cirit-birit dan demam kepialu.
Tindakan yang perlu anda lakukan semasa banjir:
– Pindah ke pusat pemindahan apabila…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
