SHAH ALAM – Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) memperuntukkan perbelanjaan modal antara RM1.2 dan RM1.4 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi pembinaan saluran paip gas sepanjang 700 hingga 800 kilometer (km) di Semenanjung.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan perniagaan teras Kumpulan.
Melaluinya, Kumpulan akan terus menambah tenaga kerja dan infrastruktur dalam usaha mengembangkan pangkalan pelanggan.
Jelas beliau, gas asli terus relevan sebagai bahan api peralihan ke arah negara rendah karbon, yang mana ia dilihat sebagai bahan api fosil yang paling bersih dan membebaskan karbon pada kadar lebih rendah, meskipun ketika industri mula diperkenalkan dengan pelbagai pilihan tenaga boleh baharu (RE).
“Buat masa ini kami memiliki saluran paip gas sepanjang 2,800 km yang kebanyakannya membekalkan gas asli kepada industri.
“Kami turut membekalkan gas kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
