PETALING JAYA – Ahli Kumpulan MMC, Gas Malaysia Berhad telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) bersama anak syarikat FGV Holdings Berhad, FGV Palm Industries Sdn. Bhd. (FGVPI) bagi mendapatkan biogas yang dijana dari 37 kilang FGVPI untuk dinaiktaraf menjadi biometana.
Biometana yang dihasilkan kemudiannya akan disuntik ke dalam rangkaian sistem pengedaran gas asli Gas Malaysia sejauh lebih 2,800 kilometer merentasi Semenanjung, untuk diagihkan kepada lebih 1,000 pelanggan industri.
Dengan memperluaskan jejak geografinya, Gas Malaysia kini bersedia untuk meluaskan jangkauan dan berkhidmat industri-industri utama sambil menyumbang ke arah pembinaan negara.
Mengulas pencapaian berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, ketika dunia semakin pantas menerima masa hadapan rendah karbon, gas asli sebagai bahan api fosil paling bersih berbanding alternatif lain terus menjadi pelengkap kepada sumber gas boleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
