Kool FM

Gavin Yap Kembalikan FORK IT, Ghafir Akbar Pertaruh EURYDICE


Teater garapan Gavin Yap berjudul FORK IT: One Man’s Journey Through Food & Memories dipilih sebagai pementasan sulung yang bakal membuka tirai The Studio di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway City Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Gavin Yap Bawa Kisah Empat Sekawan Suka Lepak Di Tanah Perkuburan

FORK IT buka pentas!

Selepas dua musim dipentaskan di Bobo KL, FORK IT kembali dengan skala lebih besar dari 11 hingga 13 September ini.

Menurut Gavin, naskhah yang ditulis bersama Honey Ahmad itu mengangkat kisahnya sebagai rakyat Malaysia berketurunan Cina dan Inggeris, selain menyentuh isu keluarga dan kenangan yang berkait rapat dengan makanan.

Walaupun kita berbeza latar belakang, meja makan sentiasa menjadi tempat kita ketawa, bertengkar, meraikan sesuatu, berdamai dan akhirnya kembali bersama.

FORK IT dipilih sebagai pementasan pembukaan The Studio kerana formatnya yang lebih dekat dengan penonton, sekali gus memberi pengalaman berbeza berbanding persembahan di pentas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version