Kool FM

Gelagat Anak Jamal Abdillah Tidur Dengan Lembu Mencuit Hati


Telatah anak kepada penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah iaitu Nur Azura Yamani mencuit hati netizen apabila tular sebuah video memaparkan dia tidur bersama seekor anak lembu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jamal Abdillah Tengah Marah Pun Suara Sedap’

Baring dengan lembu

Menerusi hantaran di TikTok, anak kecil berusia enam tahun itu dilihat sedang meletakkan kepala di atas punggung lembu berkenaan yang sedang tidur lena.

Dalam perkongsian itu, penyanyi yang diberi jolokan Raja Pop berasa terhibur dan dalam masa berseloroh mengakui hairan dengan gelagatnya anaknya.

Apa masalah anak saya. Dia boleh tidur dengan lembu.

Bertambah lucu apabila Azura dikatakan menampal plaster luka pada kaki lembu tersebut seolah-solah haiwan itu sedang dirawat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut terhibur selain meluahkan rasa kagum melihat Jamal membesarkan anak-anaknya.

Sumber: TikTok

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version