Site icon Kool FM

Gelagat Gadis Ajak Anjing Main Kejar-Kejar Ini Berjaya Curi Perhatian Warganet, Comel Je!


Menerusi video yang dimuat naik oleh @aishah.bahr, kelihatan dia dan kawannya berada di sebuah kawasan tempat letak kereta yang kosong.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila mereka itu didatangi oleh seekor anjing berwarna coklat di situ seolah-olah ingin ajak bermain.

Lebih menghiburkan lagi, gadis berkenaan mengajak anjing tersebut bermain lari-lari dan menyuruh ia mengejarnya.

Anjing itu dilihat seperti memahami arahan dan mengikut apa yang disuruh. Mereka bergilir-gilir mengejar antara satu sama lain.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version