Menerusi video tersebut kelihatan, sekumpulan pelajar sedang menyiapkan kerja mereka yang perlu dihantar pada keesokan harinya.
Difahamkan, mereka perlu mewarna gambaran dalam kertas tersebut mengikut kreativiti mereka sendiri.
Di dalam video itu, mereka pada awalnya dilihat masih mewarna pada pukul 11.46 malam, namun ia bersambung sehingga ke waktu Subuh dan terus menunaikan solat bersama.
Tugasan itu kemudian disambung sehinggalah 9.00 pagi sebelum mereka menghantar tugasan tersebut pada pukul 10.35 pagi.
Rata-rata netizen juga memuji mereka kerana tidak meninggalkan solat walaupun sibuk melakukan kerja. Malah ada juga yang mengimbau kenangan selepas melihat mereka.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: