Reaksi Adam Adli, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan meraikan gol penyamaan Malaysia semalam tular di media sosial.
Semalam berlangsungnya aksi penuh dramatik di antara Malaysia menentang Korea Selatan bagi aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia Qatar.
Artikel Berkaitan:
Dalam video yang kini tular di media sosial X, kelihatan Adam sedang ditemuramah oleh beberapa wartawan yang turut hadir menonton.
Difahamkan bahawa temuramah itu dijalankan pada minit-minit akhir perlawanan semasa Malaysia ketinggalan 2-3 oleh Korea Selatan.
Semasa sedang menjawab soalan wartawan, Adam menoleh ke belakang selepas penonton yang berada di lokasi mula bersorak.
Tetapi, selepas sahaja gol dijaringkan, Adam kelihatan berlari meninggalkan wartawan tersebut dan meraikan jaringan bersama-sama dengan penyokong Harimau Malaya.
Video itu mendapat reaksi oleh Adam Adli dan beberapa netizen di media sosial.
Yang Melaka TV tu macam lambat loading sikit….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: