
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ terhadap Datuk Mohd Isa Abdul Samad, berkuat kuasa mulai 8 Jun lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, tindakan tersebut diambil susulan sabitan kesalahan jenayah yang dihadapi beliau, yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
“Penarikan balik kurniaan ini adalah selaras dengan peruntukan perenggan XXV dan XXVIA Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, yang menetapkan bahawa darjah kebesaran boleh ditarik balik sekiranya penerima disabitkan dengan sesuatu kesalahan undang-undang.
“Langkah ini juga merupakan susulan kepada titah diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mengenai penarikan balik darjah kebesaran bersempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: