Sementara itu, Prakash yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam pengurusan modal insan dan sumber manusia mendapati bahawa Gen Z lebih berjaya jika berada di bawah ketua yang dapat memberi tunjuk ajar bukan mengawal.
Malah, mereka ini tidak teragak-agak untuk meninggalkan organisasi yang tidak selari dengan nilai hidup mereka.
“Satu daripada soalan yang paling biasa ditanya oleh Gen Z semasa temuduga ialah ‘apakah sumber pembangunan dan sokongan yang akan saya terima bagi jawatan ini?’.
“Mereka ingin tahu apa yang mereka dapat selepas itu, bukan hanya dalam lima tahun tetapi juga tugasan seterusnya selepas diterima berkerja.
“Apabila idea mereka ditolak, mereka tidak menerimanya bulat-bulat sebaliknya mereka mahukan penjelasan, perbincangan dan pilihan cadangan yang lebih baik.
“Mereka juga mengharapkan tempat kerja yang menyokong potensi diri secara berterusan, dengan pengurus yang mampu membimbing bukan hanya mengarah. Mereka juga menghargai maklum balas dan ruang untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: