Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Generasi Z pilih perbankan Islam

today5 August 2021

Background


PETALING JAYA – Lebih daripada separuh pengguna Muslim global daripada golongan milenium dan generasi Z bakal memilih perbankan Islam sekiranya lebih mudah diakses, menurut laporan daripada platform perbankan awan, Mambu.

Laporan hasil kaji selidik melibatkan 2,000 pengguna Muslim berusia muda di seluruh dunia itu mencerminkan permintaan lebih meluas bagi perkhidmatan perbankan yang lebih beretika selepas pandemik.

Ia juga seiring dengan trend pengguna kini lebih cenderung untuk membuat pilihan yang lebih lestari dan memanfaatkan masyarakat.

Berdasarkan kajian Mambu, 74 peratus responden menyatakan mereka mahu bank membuat pelaburan yang selari de­ngan kepercayaan agama mereka, manakala 75 peratus mahukan bank membuat pelaburan yang mampu mendatangkan kebaikan kepada dunia.

Bagi penyataan lebih spesifik, 62 peratus tidak mahu bank mereka memberi pinjaman kepada syarikat tembakau dan 69 peratus berpendapat adalah lebih baik sekiranya bank tidak memberi pinjaman kepada institusi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Chin Hin muktamadkan pengambilalihan CHGP

PETALING JAYA – Chin Hin Group Berhad (Chin Hin) telah memuktamadkan pengambil­alihan 50.8 peratus kepen­tingan dalam Chin Hin Group Property Berhad. (CHGP) sebagai anak syarikat Kumpulan. Ini merupakan pemilikan ketiga syarikat senaraian awam di dalam konglomerat itu selepas Solarvest Holdings Berhad dan Signature Internatio­nal Berhad. Pengarah Urusan Kumpulan Chin Hin, Chiau Haw Choon berkata, pemilikan CHGP akan membolehkannya mengembang dan meluaskan portfolio Kumpulan dalam sektor hartanah. “Usaha ini juga akan […]

today5 August 2021