CYBERJAYA – Genius Aulad, jenama perintis dalam pendidikan awal kanak-kanak berteraskan nilai Islam dan bahasa Inggeris di Malaysia, telah melabur sehingga RM1 juta untuk membangunkan Genius Aulad Backpack yang digunakan di semua cawangannya untuk meningkatkan kecekapan operasi dan memudahkan lagi proses pembelajaran oleh para gurunya di seluruh negara.
Genius Aulad Backpack adalah sebuah penyelesaian digital komprehensif yang merangkumi Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan kandungan pendidikan digital yang memberi manfaat kepada pelajar, guru, dan ibu bapa.
Menurut Pengasas Genius International Group, Zaliza Alias, pihaknya mengambil masa kira-kira dua tahun untuk membangunkan penyelesaian berkenaan sebagai satu usaha syarikat untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran harian di semua cawangannya.

Ia juga merupakan salah satu daripada pelan inisiatif syarikat untuk memenuhi keperluan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang dapat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: