Kool FM

Genius Matematik Adi Putra Timang Cahaya Mata Sulung


Individu yang terkenal dengan gelaran ‘budak genius matematik’ iaitu Adi Putra, kini memasuki ke fasa baharu dalam hidup apabila isterinya telah selamat melahirkan cahaya sulung mereka.

Artikel Berkaitan: Atiq Azman Bergelar Bapa, Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki – ‘Alhamdulillah Atas Rezeki Yang Sangat Indah’ 

Artikel Berkaitan: Ben Ladin Selamat Bergelar Bapa Di Usia 24 Tahun

Dikurniakan puteri

Adi berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya dan memaklumkan bahawa zuriat pertamanya itu lahir pada hujung Januari lalu.

Momen itu menjadi lebih bermakna apabila Adi dan puterinya berkongsi tarikh hari lahir yang sama.

Sementara itu, pemilik nama Adi Putra Abdul Ghani tersebut turut menzahirkan rasa syukur dikurniakan hadiah yang sangat bernilai daripada Allah SWT.

Terima kasih Ya Allah. Tepat pada 27 Januari tanggal kelahiranku tahun ini, Kau berikan hadiah yang terindah buatku.

Satu permata untuk menyeri dan mencahayai hidupku.

Sesungguhnya, tiada hadiah yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version