Site icon Kool FM

George Town, Kota Bharu, Ipoh Bandar Dengan Trafik Paling Sesak Di Malaysia

bandar paling sesak di Malaysia


Menurut laporan terbaru TomTom Traffic Index yang dikeluarkan oleh pengeluar peranti GPS terkenal, George Town, Pulau Pinang, telah dinamakan sebagai bandar paling sesak di Malaysia untuk tahun 2024.

Bandar ini mencatatkan purata memandu selama 26 minit dan 36 saat bagi setiap 10 kilometer, menjadikannya bukan sahaja paling teruk di Malaysia, tetapi juga berada di kedudukan ke-73 paling sesak di dunia.

Kota Bharu, Kelantan, turut membuat kejutan dengan berada di tempat kedua dalam senarai tersebut.

Pemandu di Kota Bharu menghabiskan purata 22 minit dan 30 saat untuk setiap 10 kilometer perjalanan, menjadikan bandar ini berada di kedudukan ke-139 di peringkat global.

Di tempat ketiga ialah Ipoh, Perak, yang mencatatkan purata sekitar 21 minit dan 48 saat bagi setiap 10 kilometer perjalanan.

Kuala Lumpur, yang sering dikritik kerana kesesakan lalu lintas, hanya berada di tempat kelima dalam senarai tersebut, dan menduduki tempat ke-285 secara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version