KUALA LUMPUR – Maxis telah membantu 27,000 perusahaan kecil dan sederhana dalam bidang pendigitalan menerusi Geran Pendigitalan PKS dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sejak tahun 2020.
Ketua Segmen PKS Maxis, Kevin Lee berkata, pihaknya kini memiliki kira-kira 90,000 pelanggan perniagaan dan syarikat yang berjaya mencatat peningkatan stabil dalam perniagaan pada setiap suku tahun untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
“Secara asasnya, dalam tempoh tiga tahun lalu banyak PKS yang bergelut akibat pandemik telah menjadikan peralatan pendigitalan asas seperti kebolehan untuk menerima pesanan secara online dan menjalankan perniagaan di luar premis sebagai faktor kejayaan membantu perniagaan mereka.
“Cabaran terbesar bagi PKS adalah untuk memulakan perjalanan pendigitalan mereka kerana mereka kekurangan pengetahuan dan keyakinan berbanding perusahaan yang lebih besar.

“Pengambilan teknologi ini kebiasaannya bergantung kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: